Muka Hadapan Hubungi Kami
Yang Dipertua   Timbalan Yang Dipertua   Naib Yang Dipertua I   Naib Yang Dipertua II   Naib Yang Dipertua III   Setiausaha   Timbalan Setiausaha Agung   Bendahari   
 


KATA ALUAN PENGERUSI KEPTAN


Peredaran masa membawa bersama pelbagai tuntutan dan cabaran baru. Sistem berkesatuan kita perlu sentiasa dipastikan bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan zaman malah harus mempunyai keupayaan untuk mendepani cabaran masa depan. Atas kesedaran itu Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPTAN) telah menghasilkan Laman Web KEPTAN yang merupakan satu maklumat untuk menjelaskan secara komprehensif dan menyeluruh tentang peranan dan tanggungjawab kesatuan.

Justeru, segala maklumat yang disampaikan merupakan gambaran yang jelas tentang peranan yang sedang dijalankan untuk kepentingan kesatuan. Saya menaruh keyakinan dengan wujudnya Laman Web ini semua ahli KEPTAN dapat melayarinya.

Adalah menjadi hasrat KEPTAN untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh iltizam, kesungguhan dan komitmen melalui permuafakatan, memperkasakan akal budi, membudayakan ilmu serta sikap profesionalisme di kalangan ahli KEPTAN. Semoga perwujudan Laman Web akan menjadi teras kerangka dalam menjayakan kecepatan maklumat.

Sekian, terima kasih. AMINUDIN BIN HJ CHIK PPN. Yang Di Pertua KEPTAN, Semenanjung Malaysia.