header

FAQ

1 KEPTAN bermaksud Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan), Semenanjung Malaysia dan telah ditubuhkan pada tahun 1995. Keahlian terbuka kepada semua Pembantu Tadbir lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP). KEPTAN merupakan salah satu gabungan kesatuan sekerja di bawah CUEPACS dengan membuat bayaran yuran secara tahunan.
2 Tujuan (Fungsi) penubuhan KEPTAN.
i Menjadi sebagai ahli kesatuan semua pekerja dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.
ii Mengatur perhubungan antara pekerja dan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahli sukatan gaji yang adil dan sesuai, syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan dan keselamatan pekerjaan.
iii Mengatur perhubungan antara ahli dengan ahli atau pekerja lain atau kesatuan atau pegawai kesatuan dan antara pegawai kesatuan dengan kesatuan, dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian antara mereka dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara.
iv Memajukan kebajikan ahli kesatuan dari segi sosial, kebendaan dan pendidikan menurut undang-undang.
v Memberi bantuan guaman kepada ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Agung.
vi Memberi bantuan kepada ahli jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Agung seperti pembiayaan semasa teraniaya atau pertikaian kerja.
vii Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar, dan sebagainya untuk kebajikan ahli khasnya dan pekerja amnya.
viii Mengendalikan jika dipersetujui Persidangan Perwakilan, urusan mengarang, mencetak, menerbit, dan mengedarkan sebarang surat khabar, majalah, surat berita atau penerbitan lain untuk menjayakan kesatuan dan memajukan kepentingan ahli.
ix Menubuhkan kumpulan wang kebajikan dan menggubal peraturan-peraturan berkaitan untuk mentadbir dan mengawal kumpulan wang tersebut.
x Melaksanakan sebarang tujuan kesatuan sekerja yang sah di sisi undang-undang.
3 Cara menjadi ahli
Hubungi pejabat KEPTAN Pusat atau Cawangan KEPTAN dalam lingkungan tempat bertugas anda. Bayaran pendaftaran sebanyak RM10.00. Bayaran ini hendaklah di bayar secara tunai semasa mengembalikan borang permohonan keahlian KEPTAN. Yuran bulanan hanya RM5.00 sebulan dan dibayar melalui potongan gaji.
 

Reka bentuk asal 2007 oleh NCT Technology.
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Penambahbaikan 2015 oleh Pegawai Pentadbir Sistem KEPTAN.